Polisi Perlindungan Data Peribadi
Para pelanggan yang kami hargai,
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah mula dikuatkuasakan pada 15 November 2013 oleh pihak Kerajaan untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersil. Di bawah akta ini, kami di Pande Media (M) Sdn. Bhd. diwajibkan untuk memaklumkan anda sebagai pelanggan kami berkenaan hak-hak anda berkaitan data peribadi anda yang sedang diproses atau yang akan dikumpulkan untuk diproses oleh pihak kami serta bagi maksud-maksud berkaitan pemprosesan data tersebut.
Justeru itu, bagi makluman anda, data peribadi serta maklumat lain (secara keseluruhan dirujuk sebagai “Data Peribadi”) yang telah anda berikan di dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan, dan akan dilanjutkan, digunakan dan diproses oleh pihak Pande Media (M) Sdn. Bhd. untuk tujuan-tujuan berikut:-
- untuk menyelia pangkalan data pelanggan dan proses berkaitan perkhidmatan pelanggan;
- untuk menghubungi dan memaklumkan anda;
- untuk menjawab sebarang pertanyaan anda;
- untuk hal-hal pentadbiran;
- untuk memenuhi keperluan pematuhan undang-undang dan statutori;
- untuk analisis dan perancangan termasuk rekod sejarah dan statistik;
- untuk perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan am yang disediakan oleh Pande Media (M) Sdn. Bhd.
Data peribadi ini adalah penting untuk kami. Jika anda tidak dapat memberikan data peribadi anda seperti yang diperlukan, kami tidak dapat menyimpan data terperinci anda, justeru mempengaruhi keupayaan kami untuk memenuhi tujuan-tujuan di atas.
Pendedahan Maklumat Anda
Pihak kami mungkin akan menyerahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas:
- Pihak ketiga yang memberikan perkhidmatan pemprosesan data peribadi;
- Mana-mana orang perseorangan yang memengang tanggungjawab kerahsiaan dalam menyimpan data peribadi.
.Pihak kami juga boleh mendedahkan data peribadi apabila dikehendaki untuk memenuhi kewajipan undang-undang jika perlu, sebagai contoh (i) pematuhan terhadap keperluan mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah, atau proses perundangan; atau (ii) melindungi dan mempertahankan hak-hak serta harta benda Pande Media (M) Sdn. Bhd. dan warga kerja.
Akses, Pembetulan dan Aduan
Jika anda ingin mengajukan sebarang pertanyaan atau aduan atau memohon akses atau pembetulan tentang data peribadi, anda boleh menghubungi pegawai perlindungan data peribadi kami dengan membuat panggilan di talian 09-747 8666 dari jam 9 pagi sehingga jam 5.30 petang, atau emel kami di hai@pandemedia.co. Sebarang permohonan akses atau pembetulan data peribadi adalah tertakluk kepada fi dan keperluan pematuhan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Hubungi Kami
PT449, Tingkat 1, Jalan Jambatan Sultan Yahya Petra, Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan
Hotline: +6018 914 9721
Pejabat: 09-747 8666
Email: hrpandemedia@gmail.com
Tentang Kami
Pande Media (M) Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat agensi pemasaran digital yang menawarkan perkhidmatan periklanan dan program latihan kepada yang usahawan ingin mengembangkan perniagaan dan memerlukan penyelesaian secara digital.
Langganan
Ikuti Kami
Hak Cipta Terpelihara © 2022 Pande Media (M) Sdn. Bhd.
Terma & Syarat
Kerjaya
Polisi Privasi