
Tips Bina Bisnes Yang Berjaya
1. Kenalpasti Produk
Ini yang pertama kali para pendiri bisnes perlu buat. Kenalpasti dulu produk apa nak jual.
Produk ada banyak jenis contohnya produk fizikal, produk digital mahupun produk yang menjual servis.
Senaraikan seberapa banyak produk yang anda berminat nak jual, kirakan sekali kos untuk dapatkan satu produk serta senaraikan potensi pembekal untuk senang berhubung.
2. Tetapkan Harga Jualan
Ini adalah salah satu fasa penting. Apabila dah tahu nak jual apa, anda kena tahu berapa harga jualan. Di sini pentingnya untuk anda ambil maklum kos-kos yang terlibat sebelum memuktamadkan harga jualan sesuatu produk.
Contoh kos terlibat:
- Produk
- Penghantaran
- Pengurusan
- Pembungkusan
- Hadiah
- Marketing
Ini penting bagi elakkan risiko rugi apabila sesuatu produk dijual.
Oh ya. Jangan lupa kirakan sekali margin keuntungan. Berapa peratus margin untung yang anda mahu capai. Okay?
3. Pastikan Market Segmen Yang Betul
Market segmentasi adalah strategi pemasaran dalam menentukan kumpulan pelanggan yang dikenalpasti supaya setiap produk atau servis yang anda tawarkan boleh disesuaikan dengan citarasa, minat serta kelakuan pelanggan.
Ada beberapa langkah boleh pertimbangkan untuk pastikan market segment dibuat dengan betul dan tepat.
Senaraikan seberapa banyak siapa potensi pelanggan, apa masalah mereka, apa impian setiap pelanggan, senaraikan nilai dan akhir sekali apa yang memberi inspirasi kepada pelanggan untuk dapatkan produk atau servis daripada anda.
4. Pilih Saluran Pemasaran
Fikirkan apa saluran yang anda boleh gunakan untuk berkomunikasi dengan bakal pelanggan.
Di era yang semakin modern, kami yakin ramai usahawan sedar akan kepentingan media sosial.
Senaraikan je banyak-banyak saluran pemasaran contoh email, SMS, Facebook Group, Facebook Page, Facebook Ads.
Supaya anda lebih jelas nak susun konten kepada sasaran pelanggan.
5. Pastikan Modal Yang Mencukupi
Konsep asas berbisnes adalah mulakan apa yang ada di tangan.
Namun tidak salah jika anda mahu bermula dengan modal yang kecil.
Senaraikan modal awal yang diperlukan supaya mudah nak uruskan aliran tunai setelah mula buat bisnes.
Pastikan ada rekod dan aliran keluar masuk tunai. Barulah senang nak rancang untuk kembangkan lagi perusahaan ke tahap yang lebih baik.
Modal yang cukup mampu menjamin satu bisnes yang boleh bertahan lama dan pastikan bisnes dalam keadaan stabil.
Semoga bermanfaat.
CARA UNTUK TULIS HEADLINE YANG PADU
CARA TULIS HEADLINE YANG PADU. Headline ni penting sehinggakan boleh beri kesan yang signifikan seperti: Lebih ramai pelanggan berhenti & baca iklan kita. Lebih ramai pelanggan baca, kos iklan menjadi lebih efisien. Lebih ramai pelanggan baca, lebih tinggi...
5 PERSEDIAAN SEBELUM BANGUNKAN SALES PAGE
5 PERSEDIAAN SEBELUM BANGUNKAN SALES PAGE.Setiap pembangunan sales page, mestilah disertakan dengan komponen-komponen asas yang penting dan komponen tambahan untuk lengkapkan satu-satu sales page yang dibina.Ok ini antara senarai komponen yang sangat penting dalam...
11 ELEMEN PENTING DALAM SALES PAGE
11 ELEMEN PENTING DALAM SALES PAGEUntuk menarik perhatian pelanggan ke Sales Page, anda perlu lah mempunyai flow sales page terlebih dahulu. Jadi saya akan terangkan 11 elemen yang diperlukan dalam sales page yang convert. Apa tu 11 elemen? 11 elemen ni adalah satu...
CARA MULA BUAT COPYWRITING SALESPAGE
Cara Mula Buat Copywriting Sales pageSALES PAGE - Element penting yang perlu ada pada setiapstruktur salespage adalah copywriting dan juga flow salespage itu sendiri.Dalam membina salespage, kita perlu kenalpasti beberapa elemenyang perlu ada dalam salespage antaranya...
TIPS PADU UNTUK HASILKAN POSTER YANG MENARIK DAN KREATIF
Tips Padu Untuk Hasilkan Poster Yang Menarik Dan KreatifPoster yang baik memainkan peranan yang sangat penting dalam mana-mana perniagaan. Ingin tahu mengapa? Sebab poster adalah alat untuk mempromosikan atau bahasa mudah untuk tujuanmengiklankan produk untuk sesuatu...
5 ELEMENT PENTING YANG PERLU ADA DALAM PENGHASILAN POSTER
5 Element Penting Yang Perlu Ada Dalam Penghasilan PosterPemasaran merupakan asas penting bagi mengembangkan perniagaan. Kini, gambar atau poster dilihat semakin banyakdigunakan sebagai bahan pemasaran atau promosi di media sosial. Hal ini adalah kerana pengguna di...
RUTIN HARIAN DIGITAL MARKETER
8 Rutin Harian Digital Marketer. No 4 Mesti Ramai Tak BuatApabila menjadi seorang digital marketer. Anda ada rutin masing-masing yang perlu diselesaikan. Ketahui lebih lanjut apa 10 rutin digital marketer yang perlu buat dalam secara harian.1. Semak data iklan....
GAJI TINGGI PUNCA RAMAI JADI MARKETER?
Gaji Tinggi Punca Ramai Jadi Marketer?Digital marketers adalah individu yang terlibat dalam aktiviti pemasaran secara digital yang melibatkan peranti elektronik atau internet contohnya pengiklanan melalui enjin carian (yahoo, google), media sosial, e-mel, dan laman...